Saturday 29 May 2010

Pengumuman : Rakaman Audio Perkongsian Online

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah di atas nikmat iman dan Islam yang diberikannya ini.


InsyaAllah, pihak Light Of Faith ingin mengumumkan bahawa rakaman audio Perkongsian Online yang ditunggu-tunggu oleh pendengar-pendengar dan pengunjung akan mula diletakkan link untuk mendownloadnya di blog ini dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Buat masa ini, disertakan dahulu salah satu rakaman untuk PO yang lepas.


Mudah-mudahan ada manfaatnya buat semua. InsyaAllah.

Terus mendoakan kami!

Tuesday 18 May 2010

Perkongsian Online : Mengabdi Total Untuk Perjuangan (Siri berguru dengan sahabat Nabi SAW)



Perkongsian Online bersama anda sekali lagi!

'Sebutlah mana-mana sahaja nama sahabat Rasulullah SAW, pasti, terdapat kisah pengorbanan mereka yang mampu menggetarkan jiwa lantaran kesanggupan mereka melakukan apa sahaja untuk Allah dan RasulNya.
Sungguh, rahsia mereka adalah keimanan yang teguh.'


Dan kisah-kisah mereka telah diulang..dan diulang hingga kini bahkan tidak pernah gagal menaikkan semangat generasi kemudian. Mana tidaknya, perjuangan mereka berakhir dengan syurgaNya...subhanallah.

Buat generasi kini, adalah pengajaran dan hikmah yang dapat dipelajari daripada kisah mereka, walau 'figure' mereka tidak bersama kita...

Mari kita berguru dengan golongan ini..


Tajuk : Mengabdi Total Untuk Perjuangan (Siri Berguru dengan Sahabat Nabi SAW)
Tarikh : 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 7.00 malam-9.00 malam (waktu UK)
-rehat seketika untuk solah maghrib akan diumumkan, insyaAllah-

Penyampai: Abu Amirah


(Jemputan akan dimulakan sejak 6.45 malam lagi)
Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online)

Anda semua dijemput hadir, walau di mana anda berada!

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengakses paltalk boleh menggunakan 'paltalk express' di link berikut :
http://www.paltalk.com/express/

Atau jika masih mempunyai masalah boleh add ID= YM : perkongsian_online
*Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
perkongsian_online@yahoo.com
Perhatian : Kami lebih menggalakkan pendengar untuk menggunakan medium paltalk memandangkan kelebihan memuatkan kapasiti pendengar yang lebih ramai pada medium tersebut.
Anda boleh download program paltalk di http://www.paltalk.com/ . Fungsinya hampir sama dengan YM dan SKYPE.

::Moga Allah permudahkan pertemuan kita.Jumpa di sana!::

Sunday 2 May 2010

Perkongsian Online : Perniagaan dengan Allah






Perkongsian Online sekali lagi bersama tetamu istimewa!

Seindah bicara Ilahi dalam surah As-Saff,

"Wahai manusia!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"(As-Saff:10-11)

Manakah yang lebih untung, memilih dunia yang sementara atau memilih akhirat yang kekal abadi?

Jom sama-sama kita pilih untuk berdagang denganNya!


InsyaAllah,mari bersama kami untuk beriman sejenak, bersama tetamu istimewa kita kali ini, saudara Hilal Asyraf.


Tajuk : Perniagaan dengan Allah
Tarikh : 4 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 7.00 malam-9.00 malam (waktu UK)
-rehat seketika untuk solah maghrib akan diumumkan, insyaAllah-

Penyampai: Hilal Asyraf (penulis blog Langit Ilahi)
http://ms.langitilahi.com/

(Jemputan akan dimulakan sejak 6.45 malam lagi)
Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online)

Anda semua dijemput hadir, walau di mana anda berada!

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengakses paltalk boleh menggunakan 'paltalk express' di link berikut :
http://www.paltalk.com/express/

Atau jika masih mempunyai masalah boleh add ID= YM : perkongsian_online
*Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada perkongsian_online@yahoo.com

::Moga Allah permudahkan pertemuan kita.Jumpa di sana!::

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes